Monday, March 23, 2009

PESANAN BERSAMA

Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat lagi ana meneruskan pengisian dalam blog ini.Ana mendoakan semoga semua sahabat ana beroleh keputusan yang cemerlang dalam keputusan yang baru di umumkan baru-baru ini.Teruskan berusaha dengan keputusan yang diperolehi dan jangan berasa menyesal dengan apa yang telah berlaku bahkan ambillah ia sebagai batu loncatan dan pendinding bagi diri sendiri.Dengan apa yang diperolehi,pilihlah pilihan yang tepat dengan citarasa diri sendiri untuk masa hadapan.Jangan kita menyesal di waktu yang akan datang dengan apa yang telah kita pilih di waktu kini.Jadilah seorang yang berjaya di dunia bahkan di akhirat juga.Janganlah kita menghampaka harapan orang tua kita.Mereka sebenarnya mahukan kita bersenang di kemudian hari bukan di hari ini.Bak kata pepatah
"Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian,bersakait-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"
Banyak yang kita akan perolehi sekiranya kita mengorbankan masa senang di waktu ini untuk masa hadapan.Cuba kita bayangkan,dengan apa kita akan menyara keluarga sekiranya kita hanya berkelulusan SPM saje?Pada masa sekarang,pekerjaan sebagai Guard pun mahukan Diploma.SPM hanya layak memegang jawatan sebagai jurujual di supermarket.Mahukah anda menyara keluarga dengan cara begitu?Berubahlah wahai sahabat-sahabat!Masa sekarang dah berbeza dengan zaman ayah kita dahulu.Nak cari duit bukan senang,ia memerlukan taraf yang tinggi.
Tetapi ingatlah agama jangan disisihkan dalam kehidupan kerana ia dengan agama diri kita akan di bentuk dengan seelok-eloknya.Dengan Islamlah diri kita akan terpelihara.Maka amalkanlah apa yang diperintahkan dan tinggalkanlah apa yang ditegah.Semoga Ukhwah yang akan terus bertaut bagaikan Tasbih.semoga kita semua menjadi orang menaburbakti kepada ISLAM
"Pelajar Yang Hebat Menyimpan Seribu Alasandan Mencari Seribu Jalan"

Antara Alamat yang menaja pembelajaran di luar negara :
http://www.mara.gov.my/web/guest/home
www.jpa.gov.my/

Saturday, March 7, 2009

PERHATIAN KEPADA CALON SPM 08 MADA!!!!


Perhatian kepada semua calon SPM mada 2008!!!Anda di kehendaki mengambil keputusan di Yayasan Islam Kelantan pada tarikh 12/3/2009.Anda dikehendaki untuk menyemak terlebih dahulu hutang di bahagian kewangan mada sebelum mengambil keputusan di YIK bagi memudahkan segala urusan.Untuk keterangan lanjut sila hubungi MADA di talian 097654848.Semoga kita semua beroleh keputusan yang cemerlang(mumtaz).Semoga Anda semua berjaya menceburi bidang yang diminat!!Dan saya dari pihak Rangkaian kasih mengucapkan tahniah diatas kejayaan sahabat kita iaitu saudara Nawawi Mohd Salleh di atas kejayaan yang diperolehi.Tahniah!!!

Kenangan Bersalama