Saturday, December 26, 2009

Jemputan Ke Mesyuarat Apim


Selamat bertemu.Berita terkini

Saturday, November 14, 2009

Salam pertemuan

Salam ukhwah dan perjuangan buat semua.Ana mendoakan kalian smua berada dalam keadaan sihat wa afiat dan sentiasa berada di bawah payungan rahmat dari Allah Taala amin.Sudah dekat setahun kita semua perpisah dari luaran tetapi dari dalaman tetap sentiasa dalam hati kenangan itu.Macam mana dengan sahabat semua yang sudah mengambil peperiksaan STAM.Mesti MUMTAZ dalam tangan insyaallah.Anda mampu lakukan.Ana doakan kejayaan anada semua.Begitu juga yang sudah berada di kampus kolej mahupun universiti ana tetap mendoakan kalian sentiasa cemerlang dalam apa jua keadaan.Apa apa maklumat yang ingin di masukkan dalam blog ini boleh emailkan kepada rangkaiankasih@yahoo.com.my.semoga ukhwah tetap utuh sampai ke bila bila.Insyaallah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, May 8, 2009

Salam Sejahtera Kepada Semua sahabat2....

Alhamdulillah,semua keadaan sudah menjadi baik.Keaputusan upu pun sudah keluar..Apa macam semua sahabat-sahabat dengan pemilihan yang telah di pilaih...pilihlah pilihan yang terbaik bagi diri anda dan islam.Ana doakan kalian semua berajaya dengan cemerlang dalam apa jua bidang yang di ceburi.Tidak ketinggalan juga kepada sahabat-sahabat yang menyambung dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia.Buatlah yanga terbaik agar kalian memperoleh MUMTAZ dalam peperiksaan pada bulan sepuluh ini.Biarlah dapat pergi keluar negara tambah tambah lagia ke negaara Anbia'..Insyaallah ana disini mendoakan semua sahabata-sahabat ana di Rangkaian Kasih berjaya dengan rahmat dan petunjuk allah.Bagi yang amik Spm,pandanglah ke hadapan..benda yang sudah berlalu jadikannya satu suntikan perangsang kejayaan..Jangan alemah semangat..Yakinlah kepada diri sendiri bahawa anda pun boleh mendapat 21A1 kelak...Yakin Boleh!!!Semoga kita semua berada dalam penjagaan Allah dan rahmatnya..Hargailah persahabatan...Semoga hubungan persahabatan diteruskan dan kekal..Amin...

Monday, March 23, 2009

PESANAN BERSAMA

Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya dapat lagi ana meneruskan pengisian dalam blog ini.Ana mendoakan semoga semua sahabat ana beroleh keputusan yang cemerlang dalam keputusan yang baru di umumkan baru-baru ini.Teruskan berusaha dengan keputusan yang diperolehi dan jangan berasa menyesal dengan apa yang telah berlaku bahkan ambillah ia sebagai batu loncatan dan pendinding bagi diri sendiri.Dengan apa yang diperolehi,pilihlah pilihan yang tepat dengan citarasa diri sendiri untuk masa hadapan.Jangan kita menyesal di waktu yang akan datang dengan apa yang telah kita pilih di waktu kini.Jadilah seorang yang berjaya di dunia bahkan di akhirat juga.Janganlah kita menghampaka harapan orang tua kita.Mereka sebenarnya mahukan kita bersenang di kemudian hari bukan di hari ini.Bak kata pepatah
"Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian,bersakait-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian"
Banyak yang kita akan perolehi sekiranya kita mengorbankan masa senang di waktu ini untuk masa hadapan.Cuba kita bayangkan,dengan apa kita akan menyara keluarga sekiranya kita hanya berkelulusan SPM saje?Pada masa sekarang,pekerjaan sebagai Guard pun mahukan Diploma.SPM hanya layak memegang jawatan sebagai jurujual di supermarket.Mahukah anda menyara keluarga dengan cara begitu?Berubahlah wahai sahabat-sahabat!Masa sekarang dah berbeza dengan zaman ayah kita dahulu.Nak cari duit bukan senang,ia memerlukan taraf yang tinggi.
Tetapi ingatlah agama jangan disisihkan dalam kehidupan kerana ia dengan agama diri kita akan di bentuk dengan seelok-eloknya.Dengan Islamlah diri kita akan terpelihara.Maka amalkanlah apa yang diperintahkan dan tinggalkanlah apa yang ditegah.Semoga Ukhwah yang akan terus bertaut bagaikan Tasbih.semoga kita semua menjadi orang menaburbakti kepada ISLAM
"Pelajar Yang Hebat Menyimpan Seribu Alasandan Mencari Seribu Jalan"

Antara Alamat yang menaja pembelajaran di luar negara :
http://www.mara.gov.my/web/guest/home
www.jpa.gov.my/

Saturday, March 7, 2009

PERHATIAN KEPADA CALON SPM 08 MADA!!!!


Perhatian kepada semua calon SPM mada 2008!!!Anda di kehendaki mengambil keputusan di Yayasan Islam Kelantan pada tarikh 12/3/2009.Anda dikehendaki untuk menyemak terlebih dahulu hutang di bahagian kewangan mada sebelum mengambil keputusan di YIK bagi memudahkan segala urusan.Untuk keterangan lanjut sila hubungi MADA di talian 097654848.Semoga kita semua beroleh keputusan yang cemerlang(mumtaz).Semoga Anda semua berjaya menceburi bidang yang diminat!!Dan saya dari pihak Rangkaian kasih mengucapkan tahniah diatas kejayaan sahabat kita iaitu saudara Nawawi Mohd Salleh di atas kejayaan yang diperolehi.Tahniah!!!

Wednesday, January 28, 2009

Erti Persahabatan

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan


Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

Tuesday, January 6, 2009

Kelebihan wanita solehah dan ganjarannya


  1. Abdullah Ibn A’mr Ibnil A’ss r.ahu. meriwayatkan dari RasuliLlah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata. Dan sebaik-baik keindahannya adalah Wanita solehah . (Riwayat Muslim,Nasai’e dan Ibnu Majah).
  2. Abdullah Ibn A’mr Ibnil A’ss r.ahu. dari RasuliLlah s.a.w bersabda; "Dunia adalah perhiasan, dan tidak ada perhiasan dunia yang lebih baik dari wanita yang solehah."
  3. (Riwayat Muslim dan Ahmad didalam Musnadnya)
  4. Ismail bin Muhammad bin Saa’d bin Abi Waqqos r.a.hum meriwayatkan dari bapanya , dari datuknya ia berkata; RasuluLlah s.a.w telah bersabda; "Diantara kebahagiaan anak adam terdapat pada 3 benda;

1. Memiliki wanita yang solehah,

2. Kediaman yang elok

3. Kenderaan yang baik,

dan diantara kecelakaan kepada anak adam terdapat pada 3 benda;

1. Memiliki wanita yang tidak solehah (buruk akhlaknya)

2. Kediaman yang tidak elok

3. Kenderaan yang baik ." ( Riwayat Ahmad,Bazzar dan Tabroni didalam kitab Kabir dan Awsat)

  1. Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan ia berkata; RasuluLlah s.a.w telah bersabda; "Wanita yang mengerjakan solat lima waktu, dan berpuasa pada bulan Ramadhon, dan memelihara farajnya (menjaga maruah/dirinya), dan mentaati suaminya, akan diseru kepadanya; "Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu suka."
    (Terdapat dalam kitab Kasyful Astar, Firdaus AlAkhbar, Hilyatul Auliya’, Targhib, Sohihul Jame’, dan Faidhil Qodir)
  2. Kathir bin Murrah meriwayatkan dari Ibnu Umar r.ahuma; RasuluLlah s.a.w
    telah bersabda; "Kejahatan wanita yang jahat seperti kejahatan seribu orang lelaki yang jahat, dan sesungguhnya kebaikkan wanita yang beriman seperti amal tujuh puluh orang yang benar." (Terdapat dalam kitab Kasyful Astar, Firdaus AlAkhbar, Hilyatul Auliya’, Fathul Akbar, Faidhil Qodir dan Majma’ AzZawaid dan turut diriwayatkan oleh Imam Bazzar)
  3. Ya’la bin Munabbih menceritakan pada zaman RasuliLlah s.a.w ada seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang solehah. Dan apabila suaminya pulang ia akan mengucapkan ; "Marhaban (selamat datang) pemilik diriku ini(dirinya), dan pemilik keluarganya! Sekiranya kerisauan tuan adalah kerisauan mengenai akhirat maka Allah akan memberi rezeki kepadamu, dan berlaku baik kepadamu.Dan sekiranya kerisauan tuan adalah kerisauan mengenai dunia, maka Allah akan menambahkan kerisauan tuan.
    Maka lelaki ini telah datang kepada RasulaLlah s.a.w dan ia memberitahu kepada baginda kata-kata isterinya. Maka RasuluLlah s.a.w bersabda; "Bagi wanita ini pahalanya separuh pahala orang berjihad di jalan Allah dan ia dikira sebagai pekerja Allah dari pekerja-pekerja Allah."
  4. Kaa’b bin U’jrah r.ahu. berkata; RasuluLlah s.a.w bersabda ; " Mahukah aku beritahu kepada kamu lelaki-lelaki yang merupakan penghuni syurga?" Kami berkata; " Sudah tentu Ya RasulaLlah". Baginda bersabda; " Nabi didalam syurga, Yang Sodeq (benar;Abu Bakr) didalam syurga, Yang mati syahid didalam syurga, dan lelaki yang melawat saudara seagamanya di hujung bandar semata-mata kerana Allah, Dan mahukah aku beritahu kepada kamu tentang wanita-wanita yang merupakan penghuni syurga?." Kami berkata; " Sudah tentu Ya RasulaLlah".Baginda bersabda; "Wanita yang banyak kasih sayangnya, yang banyak melahirkan anak,yang banyak memuji kebaikkan,yan mana sekiranya ia menyebabkan suaminya marah padanya (melakukan kesilapan) ia akan berkata ; "Tanganku ditanganmu, tidak akan ku memakai celak (berhias) sehinggalah engkau senang hati dengan diriku ini."
    (Riwayat Tabroni, dan terdapat dalam Targhib wa Tarhib, Aljanal Dani, Mizan Al Ii’tidal, Majma’ AzZawaid dan Sohihul Jame’) .

Marja’ (Rujukkan)
Ahkamun Nisa’ karangan AlHafez Abdur Rohman bin A’li bin AlJauzi (Ibnu Jawzi).
Ahli Fiqh Mazhab Hanbali .Wafat pada tahun 597 hijrah.
Dan kitab ini ditahqiq oleh Abdul Qoder Ahmad Abdul Qoder. Maktabah Darul Ibnu Qutaybah dan diedar oleh Dar AlWafa’.Cetakan 1989M/1410H.

Wanita solehah


Enam Sifat Sahabat

Allah SWT meletakkan kesuksesan dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat hanya pada agama yang sempurna. Agama yang sempurna adalah Agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW, tetapi pada saat ini Umat tidak ada kekuatan dan kemampuan untuk mengamalkan agama secara sempurna. Para Sahabat r.ahum. telah sukses dan jaya dalam mengamalkan agama secara sempurna karena mereka mempunyai sifat-sifat dasar yang terkandung dalam enam sifat sahabat. Enam sifat sahabat bukan agama yang sempurna, karena Agama yang sempurna terkandung dalam Al-Qur’an dan Al Hadits, tetapi apabila enam sifat para sahabat ada dalam diri kita maka Allah SWT akan memberikan kemudahan kepada kita untuk mengamalkan agama secara sempurna. Keenam pointdari enam sifat Sahabat rahum tersebut adalah:
  1. Yakin atas kalimat toyibah la ilaha illallah muhammadur rosulullah
  2. Sholat
  3. Ilmu ma' adz-dzikir
  4. Ikromul muslimim
  5. Ikhlashun an-niyah
  6. Tafriqul Auqot


Kenangan Bersalama