Tuesday, January 6, 2009

Kelebihan wanita solehah dan ganjarannya


  1. Abdullah Ibn A’mr Ibnil A’ss r.ahu. meriwayatkan dari RasuliLlah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya dunia itu hanyalah keindahan semata. Dan sebaik-baik keindahannya adalah Wanita solehah . (Riwayat Muslim,Nasai’e dan Ibnu Majah).
  2. Abdullah Ibn A’mr Ibnil A’ss r.ahu. dari RasuliLlah s.a.w bersabda; "Dunia adalah perhiasan, dan tidak ada perhiasan dunia yang lebih baik dari wanita yang solehah."
  3. (Riwayat Muslim dan Ahmad didalam Musnadnya)
  4. Ismail bin Muhammad bin Saa’d bin Abi Waqqos r.a.hum meriwayatkan dari bapanya , dari datuknya ia berkata; RasuluLlah s.a.w telah bersabda; "Diantara kebahagiaan anak adam terdapat pada 3 benda;

1. Memiliki wanita yang solehah,

2. Kediaman yang elok

3. Kenderaan yang baik,

dan diantara kecelakaan kepada anak adam terdapat pada 3 benda;

1. Memiliki wanita yang tidak solehah (buruk akhlaknya)

2. Kediaman yang tidak elok

3. Kenderaan yang baik ." ( Riwayat Ahmad,Bazzar dan Tabroni didalam kitab Kabir dan Awsat)

  1. Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan ia berkata; RasuluLlah s.a.w telah bersabda; "Wanita yang mengerjakan solat lima waktu, dan berpuasa pada bulan Ramadhon, dan memelihara farajnya (menjaga maruah/dirinya), dan mentaati suaminya, akan diseru kepadanya; "Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu suka."
    (Terdapat dalam kitab Kasyful Astar, Firdaus AlAkhbar, Hilyatul Auliya’, Targhib, Sohihul Jame’, dan Faidhil Qodir)
  2. Kathir bin Murrah meriwayatkan dari Ibnu Umar r.ahuma; RasuluLlah s.a.w
    telah bersabda; "Kejahatan wanita yang jahat seperti kejahatan seribu orang lelaki yang jahat, dan sesungguhnya kebaikkan wanita yang beriman seperti amal tujuh puluh orang yang benar." (Terdapat dalam kitab Kasyful Astar, Firdaus AlAkhbar, Hilyatul Auliya’, Fathul Akbar, Faidhil Qodir dan Majma’ AzZawaid dan turut diriwayatkan oleh Imam Bazzar)
  3. Ya’la bin Munabbih menceritakan pada zaman RasuliLlah s.a.w ada seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri yang solehah. Dan apabila suaminya pulang ia akan mengucapkan ; "Marhaban (selamat datang) pemilik diriku ini(dirinya), dan pemilik keluarganya! Sekiranya kerisauan tuan adalah kerisauan mengenai akhirat maka Allah akan memberi rezeki kepadamu, dan berlaku baik kepadamu.Dan sekiranya kerisauan tuan adalah kerisauan mengenai dunia, maka Allah akan menambahkan kerisauan tuan.
    Maka lelaki ini telah datang kepada RasulaLlah s.a.w dan ia memberitahu kepada baginda kata-kata isterinya. Maka RasuluLlah s.a.w bersabda; "Bagi wanita ini pahalanya separuh pahala orang berjihad di jalan Allah dan ia dikira sebagai pekerja Allah dari pekerja-pekerja Allah."
  4. Kaa’b bin U’jrah r.ahu. berkata; RasuluLlah s.a.w bersabda ; " Mahukah aku beritahu kepada kamu lelaki-lelaki yang merupakan penghuni syurga?" Kami berkata; " Sudah tentu Ya RasulaLlah". Baginda bersabda; " Nabi didalam syurga, Yang Sodeq (benar;Abu Bakr) didalam syurga, Yang mati syahid didalam syurga, dan lelaki yang melawat saudara seagamanya di hujung bandar semata-mata kerana Allah, Dan mahukah aku beritahu kepada kamu tentang wanita-wanita yang merupakan penghuni syurga?." Kami berkata; " Sudah tentu Ya RasulaLlah".Baginda bersabda; "Wanita yang banyak kasih sayangnya, yang banyak melahirkan anak,yang banyak memuji kebaikkan,yan mana sekiranya ia menyebabkan suaminya marah padanya (melakukan kesilapan) ia akan berkata ; "Tanganku ditanganmu, tidak akan ku memakai celak (berhias) sehinggalah engkau senang hati dengan diriku ini."
    (Riwayat Tabroni, dan terdapat dalam Targhib wa Tarhib, Aljanal Dani, Mizan Al Ii’tidal, Majma’ AzZawaid dan Sohihul Jame’) .

Marja’ (Rujukkan)
Ahkamun Nisa’ karangan AlHafez Abdur Rohman bin A’li bin AlJauzi (Ibnu Jawzi).
Ahli Fiqh Mazhab Hanbali .Wafat pada tahun 597 hijrah.
Dan kitab ini ditahqiq oleh Abdul Qoder Ahmad Abdul Qoder. Maktabah Darul Ibnu Qutaybah dan diedar oleh Dar AlWafa’.Cetakan 1989M/1410H.

Wanita solehah


No comments:

Kenangan Bersalama